Perhatian bagi ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan, anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.
Permohonan online dibuka mulai 1 Mac hingga 30 April.
Untuk memudahkan urusan anda, pihak kami menyediakan perkhidmatan untuk membantu pendaftaran secara online. Hanya perlu bawa dokumen tersebut untuk memudahkan urusan tersebut:
- Maklumat waris/penjaga & pekerjaan
- Sijil kelahiran anak yang ingin didaftar
- Maklumat kesemua anak/jagaan (Nama penuh, umur, hubungan, sekolah/institut, tahun/tingkatan)
- Nama sekolah yang ingin dipohon
* Kebanyakan maklumat waris/penjaga boleh diperolehi melalui sijil kelahiran anak selain maklumat pekerjaan. Jika waris/penjaga bukan ibu bapa seperti dalam sijil kelahiran. Beliau perlu hadir sendiri untuk memudahkan urusan.
Semak keputusan permohonan kemasukan bermula 5 Ogos.
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos.