PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI STR (DAHULUNYA BRIM BSH BPR BKM)




Tempoh Permohonan Baharu dan Kemas Kini STR: 01 Mac 2023- 31 Mac 2023*.
Tarikh dan kaedah permohonan:
Mulai 01 Mac 2023 – Secara dalam talian.
Mulai 08 Mac 2023 – Pengemukaan borang ke pejabat LHDNM berdekatan. 
Untuk memudahkan urusan anda, pihak kami menyediakan perkhidmatan untuk membuat permohonan baru dan kemaskini secara online TANPA perlu beratur panjang di pejabat HASIL. Hanya perlu bawa dokumen tertentu untuk memudahkan urusan tersebut:
PERMOHONAN BARU
  • Sediakan maklumat yang diperlukan seperti dalam borang atau sekurang-kurangnya tahu maklumat asas peribadi (dan pasangan jika sudah berkahwin) seperti no. kad pengenalan, no. telefon, alamat kediaman, pendapatan kasar bulanan dan no akaun bank
  • Jika ada pasangan - sertakan kad pengenalan pasangan dan sijil nikah/kad nikah
  • Jika ada anak (kurang 19tahun) - sertakan kad pengenalan anak dan sijil kelahiran anak
  • Jika ada anak (melebihi 19tahun tetapi masih belajar) - sertakan sijil kelahiran, dan mykad/mykid dan surat tawaran belajar atau bukti belajar)
KEMASKINI
  • Jika anda pernah kemaskini secara online sebelum ini, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan KATALALUAN terdahulu
  • Jika anda BELUM pernah kemaskini secara online, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan tahu/ingat serba sedikit maklumat pendaftaran terdahulu (seperti No KP pasangan, no telefon, alamat didaftarkan dll)
  • Jika berlaku perubahan pasangan atau anak, and perlukan sertakan dokumen yang diperlukan seperti diatas