DAUN COMPUTER CENTRE

Menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer dan internet, gaming, print dan scan, onine, taip dan design, repair dan service dan lain-lain.

URUSAN ONLINE

Menyediakan perkhidmatan urusan online termasuklah pemohonan, pendaftaran, pembaharuan, kemaskini, temujanji dan lain-lain.

TAIP DAN DESIGN

Menyediakan perkhidmatan menaip, surat-menyurat, surat perjanjian, akujanji, design, kad jemputan atau kenduri, kad nama, sticker atau label dan lain-lain.

SERVICE DAN REPAIR

Menyediakan perkhidmatan baikpulih komputer, laptop, telefon android, troubleshoot, antivirus, system, tweak dan lain-lain.

ONE STOP CENTRE

Singgah dan berbincang dengan pihak kami, pihak kami akan cuba membantu anda perkara-perkara yang berkaitan dengan komputer, internet dan teknologi terkini.

PENDAFTARAN SEKOLAH TAHUN SATU (1) KPM ONLINE


Perhatian kepada ibubapa/penjaga yang mempunyai anak/jagaan berusia 6 tahun (ketika ini sedang belajar di tabika/tadika/taska/pasti/pra-sekolah dll) dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke SEKOLAH TAHUN SATU di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan, anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) KPM.

Permohonan online dibuka mulai 2 Mei hingga 30 Jun.

Untuk memudahkan urusan anda, pihak kami menyediakan perkhidmatan untuk membantu pendaftaran secara online. Hanya perlu bawa dokumen tersebut untuk memudahkan urusan tersebut:
  • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa/Penjaga & Pasangan
  • Salinan Sijil Nikah/Cerai Ibubapa/Penjaga
  • Sijil Kelahiran Anak
  • Bil Utiliti Terkini (TNB/ Air/ Telefon)(Sama dengan Alamat Tempat Tinggal)
  • Buku Imunisasi (Jadual Cucuk) Anak
Perkara lain yang perlu disediakan: 
  • Email yang aktif dan boleh digunakan (untuk pendaftaran akaun online)
  • Maklumat Ibubapa & Pekerjaan
  • Maklumat Penjaga/Pasangan & Pekerjaan (Jika dijaga selain Ibubapa)
  • Nama sekolah yang ingin dipohon
  • Nama & No K/P Anak2 yang Lain (Jika mahu tambah maklumat tanggungan)
* Kebanyakan maklumat waris/penjaga boleh diperolehi melalui sijil kelahiran anak selain maklumat pekerjaan. Jika waris/penjaga bukan ibubapa seperti dalam sijil kelahiran. Beliau perlu hadir sendiri untuk memudahkan urusan. 

Semak keputusan permohonan kemasukan pada 1 - 31 Oktober. 
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat pada 1 - 31 Oktober.
Keputusan rayuan adalah pada 1- 31 Disember.




PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI STR (DAHULUNYA BRIM BSH BPR BKM)




Tempoh Permohonan Baharu dan Kemas Kini STR: 01 Mac 2023- 31 Mac 2023*.
Tarikh dan kaedah permohonan:
Mulai 01 Mac 2023 – Secara dalam talian.
Mulai 08 Mac 2023 – Pengemukaan borang ke pejabat LHDNM berdekatan. 
Untuk memudahkan urusan anda, pihak kami menyediakan perkhidmatan untuk membuat permohonan baru dan kemaskini secara online TANPA perlu beratur panjang di pejabat HASIL. Hanya perlu bawa dokumen tertentu untuk memudahkan urusan tersebut:
PERMOHONAN BARU
  • Sediakan maklumat yang diperlukan seperti dalam borang atau sekurang-kurangnya tahu maklumat asas peribadi (dan pasangan jika sudah berkahwin) seperti no. kad pengenalan, no. telefon, alamat kediaman, pendapatan kasar bulanan dan no akaun bank
  • Jika ada pasangan - sertakan kad pengenalan pasangan dan sijil nikah/kad nikah
  • Jika ada anak (kurang 19tahun) - sertakan kad pengenalan anak dan sijil kelahiran anak
  • Jika ada anak (melebihi 19tahun tetapi masih belajar) - sertakan sijil kelahiran, dan mykad/mykid dan surat tawaran belajar atau bukti belajar)
KEMASKINI
  • Jika anda pernah kemaskini secara online sebelum ini, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan KATALALUAN terdahulu
  • Jika anda BELUM pernah kemaskini secara online, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan tahu/ingat serba sedikit maklumat pendaftaran terdahulu (seperti No KP pasangan, no telefon, alamat didaftarkan dll)
  • Jika berlaku perubahan pasangan atau anak, and perlukan sertakan dokumen yang diperlukan seperti diatas


PENDAFTARAN PRA SEKOLAH KPM ONLINE



Perhatian bagi ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan, anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.
Permohonan online dibuka mulai 1 Mac hingga 30 April.
Untuk memudahkan urusan anda, pihak kami menyediakan perkhidmatan untuk membantu pendaftaran secara online. Hanya perlu bawa dokumen tersebut untuk memudahkan urusan tersebut:
  • Maklumat waris/penjaga & pekerjaan
  • Sijil kelahiran anak yang ingin didaftar
  • Maklumat kesemua anak/jagaan (Nama penuh, umur, hubungan, sekolah/institut, tahun/tingkatan)
  • Nama sekolah yang ingin dipohon
* Kebanyakan maklumat waris/penjaga boleh diperolehi melalui sijil kelahiran anak selain maklumat pekerjaan. Jika waris/penjaga bukan ibu bapa seperti dalam sijil kelahiran. Beliau perlu hadir sendiri untuk memudahkan urusan. 
Semak keputusan permohonan kemasukan bermula 5 Ogos. 
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos.

PRINT, SCAN & FAKS


Pihak DAUN COMPUTER CENTRE (DAUNCC) menyediakan perkhidmatan mencetak iaitu print hitam putih (print black and white), print warna (print color), photostat, scan, faks dan laminate. DAUNCC menawarkan perkhidmatan dengan harga yang kompetitif di pasaran dengan hasil yang bermutu tinggi. Perkhidmatan ini hanya terdapat di DAUNCC Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah. 

Rujuk SERVICE untuk mengetahui harga dan kadar bayaran untuk service yang disediakan.

Untuk makluman semua, DAUNCC menggunakan printer jenis laserjet yang terbukti kecepatannya ketika mencetak khususnya cetakan warna, hasil cetakan yang berkualiti iaitu kalis air, jelas (tulisan tidak kembang) berbanding printer biasa iaitu printer inkjet (dakwat basah). Pihak kami menggunakan kertas saiz A4 80gsm. Kertas yang agak tebal sangat sesuai untuk mencetak gambar berwarna, folio, report praktikal, report akhir tahun, kertas kerja dan lain-lain. 

MAKLUMBALAS DAN CADANGAN

Pihak DAUN COMPUTER CENTRE (DAUNCC) menjemput semua pelanggan dan pengguna PC di DAUNCC untuk menyatakan cadangan dan buah fikiran untuk memantapkan lagi pengurusan dan perjalanan DAUNCC. 

Semua maklumbalas dan cadangan boleh terus dihantarkan melalui CONTACT US atau dengan berurusan dengan OPERATOR di DAUNCC yang bertugas.